Monday, July 20, 2009

di kala hujan turun~

di luar sana hujan sedang turun dengan lebatny. terasa hmbusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memecah kesunyian kamar ini, menambahkan kedamain yang sekian lama aku rindui. kala ini aku bagaikn sang puteri beradu yang seakan tidak mahu tidurnya terganggu dan hanya menantikan putera idaman mengejutkan aku dari diulit mimpi yang indah.. Tapi, itu semua angan indah ku sahaja. angan yg aku amat pasti tidak akan ada penyudahnya. lantas ku menyusun tapak untuk melangkah walaupun kaki ini terasa berat sekali..

jam mnunjukkan hampir ke 3.30. aku harus segera bersiap. pukul 4 aku harus ada di kelas ku kerana aku mempunyai misi yang harus ku laksanakn, mengajar anak muridku yang sentiasa dahagakan ilmu, ilmu yang tidak akan pernah sekali aku betah untuk memberi. aku yakin, mendidik anak bangsa adalah satu amalan yang mulia, amalan yang sentiasa aku cari untuk kehidupan di akhirat kelak. dan teringat kembali aku pada pesanan ibu suatu masa dulu, "ika, kalau ajar bebudak tu, ajar la dengan hati yang ikhlas, jangan sesekali anggap benda tu satu bebanan. tak baik, berdosa.." jangan risau bu, ika akan selalu pegang kata-kata ibu itu..

anak murid ku yang tersayang, jangan pernah ada ragu terhadap teacher, teacher akan sentiasa mencurahkan ilmu seberapa yang banyak pada kalian. teacher sayang kamu semua..

No comments:

Post a Comment